Khamis, 8 Disember 2011

Meronda ke Zoo Melaka

Salam,

Semalam mama bawak Darwisy ronda ronda ke negeri Melaka. Terlanjur sampai sini, mama bawak Darwisy masuk Zoo Melaka. Ramai jugak pengunjung musim cuti sekolah nie. Mama bawak Darwisy masuk Zoo, sebab Darwisy selalu cerita perihal binatang yang dia belajar masa kat sekolah.

Darwisy seronok sangat bila dibawa pusing pusing dalam Zoo nie. Darwisy dapat tengok banyak binatang. Tapi mama terkilan jugak, sebab banyak sangat rusa kat dalam zoo nie. Macam dah tak ada binatang lain nak bela. Hahaha..






















Happy Birthday Darwisy Azmi

Salam,

Sedar tak sedar anak saya dah masuk 4 tahun. kejab jer masa nie berlalu. 
Mama doakan bila Darwisy besar nanti akan menjadi  insan yang berguna. 

Saja mama belikan kek untuk Darwisy, celebrate sorang sorang kat rumah dengan abah dan mama..sebab kawan kawan Darwisy tak der..semua cuti sekolah kan?

Nanti bila sekolah dah buka, mama celebrate sekali lagi kat Sekolah. Nanti mama belikan kek yang lebih besar ya!

Happy Birthday to You...
























Rabu, 21 September 2011

Sym

Baru baru nie Ninie ada ke kedai motor. Belek belek motor nie, dan terlihat pulak dengan skuter SYM nie. Dah riki riki dengan hubby. Dia cakap skuter SYM nie memang tak boleh dinafikan kehebatannya. So camner, agaknya boleh beli sebijik kot. Buat ronda ronda dalam taman. 

Ninie memang minat, sebab designnya ada ala ala Yamaha Pasola yang popular tahun 1980 an dulu tu. Mengimbau kembali zaman kanak kanak, layan skuter nie. Kalau ada rezeki, ada leer tu nanti.



Isnin, 5 September 2011

Senawang-Johor Bahru

Salam,

Terdahulu 3 hari sebelum raya, Ninie ada balik ke Johor sebab ada hal emergency. Mak saudara Ninie meninggal dunia. So Ninie pun balik ke kampung naik motor jer. Nak jimatkan masa. Kami bertolak dari Senawang jam 2 petang, dan sampai ke JB pada jam 4 petang. Ninie ingatkan sempat untuk menatap kali terakhir wajah aruah mak sedara Ninie. Tapi tak sempat sebab mereka dah kebumikan lebih awal.

Selesai berbuka puasa, Ninie bergerak pulang ke Senawang sebab esoknya boyfriend Ninie kerja. Kami melalui laluan lebuhraya utara selatan. Memandangkan kami tak perlu tergesa gesa waktu pulang, kami lebih santai. Lebih lebih lagi sebab perut pun dah kenyang, mata lebih cepat mengantuk. Beberapa kali Ninie terlelap kat belakang. Takut jugak kalau terjatuh nanti. Ninie perhatikan laluan lebuhraya hari tu agak sibuk, mungkin juga sebab hari tu hari Jumaat. Kereta berdesup desup lajunya. Tapi kami tetap santai.

Dek kerana terlalu santai, boyfriend Ninie berhenti kat Hentian Pagoh. Sebab mengantuk, kami makan gula gula dan minum sedikit air. Agak agak selepas 20 minit, kami bergerak semula. Masa nie Ninie dah start rasa sejuk duduk kat belakang tu. Lebih lebih lagi bahagian kaki. Walaupun tak hujan, namun kesejukan tu memang terasa. Akhirnya kami selamat sampai ke Senawang dalam pukul 11 malam. Syukurtak ada perkara yang tak baik berlaku.