Isnin, 5 September 2011

Senawang-Johor Bahru

Salam,

Terdahulu 3 hari sebelum raya, Ninie ada balik ke Johor sebab ada hal emergency. Mak saudara Ninie meninggal dunia. So Ninie pun balik ke kampung naik motor jer. Nak jimatkan masa. Kami bertolak dari Senawang jam 2 petang, dan sampai ke JB pada jam 4 petang. Ninie ingatkan sempat untuk menatap kali terakhir wajah aruah mak sedara Ninie. Tapi tak sempat sebab mereka dah kebumikan lebih awal.

Selesai berbuka puasa, Ninie bergerak pulang ke Senawang sebab esoknya boyfriend Ninie kerja. Kami melalui laluan lebuhraya utara selatan. Memandangkan kami tak perlu tergesa gesa waktu pulang, kami lebih santai. Lebih lebih lagi sebab perut pun dah kenyang, mata lebih cepat mengantuk. Beberapa kali Ninie terlelap kat belakang. Takut jugak kalau terjatuh nanti. Ninie perhatikan laluan lebuhraya hari tu agak sibuk, mungkin juga sebab hari tu hari Jumaat. Kereta berdesup desup lajunya. Tapi kami tetap santai.

Dek kerana terlalu santai, boyfriend Ninie berhenti kat Hentian Pagoh. Sebab mengantuk, kami makan gula gula dan minum sedikit air. Agak agak selepas 20 minit, kami bergerak semula. Masa nie Ninie dah start rasa sejuk duduk kat belakang tu. Lebih lebih lagi bahagian kaki. Walaupun tak hujan, namun kesejukan tu memang terasa. Akhirnya kami selamat sampai ke Senawang dalam pukul 11 malam. Syukurtak ada perkara yang tak baik berlaku.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan