Isnin, 5 September 2011

Kenangan Felda Bukit Besar-25 tahun berlalu

Salam,

Masa raya yang lepas, Ninie berkesempatan balik beraya ke Johor. Kemudian Ninie sempat singgah ke tempat kelahiran Ninie yang dah lama Ninie tinggalkan. Agaknya hampir 25 tahun Ninie tak kesana. Dikesempatan beraya nie, Ninie ajak boyfriend Ninie singgah ke Felda Bukit Besar, yang terletak di daerah Kulai, Johor.

Di sinilah tempat Ninie membesar, bersama sama rakan sebaya yang lain. Walaupun Ninie tak berada dalam golongan anak peneroka Felda, namun disebabkan aruah ayah Ninie dulu yang bertugas sebagai OCS kat sana telah mengheret Ninie membesar bersama sama dengan masyarakat Felda. Masih terbayang di ingatan Ninie waktu Ninie membesar bersama dengan teman sebaya. Pergi sekolah tadika, sekolah agama, sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Kat mana agaknya teman teman Ninie yang dulu ya?

Namun Ninie bersyukur, raya tahun nie Ninie bersekempatan berjumpa dengan Azlina dan keluarganya. Mengalir air mata Ninie bila berjumpa dengan mak Azlina. Memang di rumah inilah Ninie selalu lepak dan makan. Masih sihat mak Azlina dan keluarganya. Walaupun dah 25 tahun tak bertemu, namun mak Azlina masih lagi mengenali Ninie. Dan sesungguhnya Ninie dah menganggap mak Azlina nie seperti mak Ninie sendiri, sebab Ninie sendiri dah kehilangan mak dan ayah.

Dan sewaktu beraya nie, Ninie sempat jugak menjenguk semula sekolah Ninie yang lama dulu. Yang mengajar Ninie mengenal ABC. Dah banyak berubah sekolah nie, dah banyak tambahan bangunan yang baru. Begitu juga dengan sekolah menengah. Terbayang bayang di ingatan sewaktu Ninie berada disekolah rendah. Di bawah pokok cherry yang besar di depan sekolah, aruah ayah setia menunggu Ninie balik dari sekolah.

Ninie juga sempat singgah di rumah Kilang Sawit Bukit Besar. Di rumah inilah Ninie dibesarkan sebab aruah mak memang bekerja di sini. 

Rumah tempat Ninie dibesarkan

Rumah Kilang Bukit Besar

Masih teguh dan berpenghuni





Sekolah Agama Felda Bukit Besar


Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin








Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Besar





Dan gambar berikutnya adalah teman setia Ninie sejak kecil, Azlina. Kami dipertemukan setelah 25 tahun berpisah.

Ninie bersama Azlina Abd Razak,





Azlina dan suaminya


1 ulasan:

  1. terima kasih lawat travel blog saya. Felda sudah makin membesar dan hebat sekarang!

    BalasPadam